PROGRAM KOLABORASI
Memperkasa Pendidikan STEM Rentas Sempadan
Program Inspirasi Varsiti telah diadakan pada 14 Ogos 2025 bertempat di Dewan Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), UPM, dengan penyertaan pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Selangor seperti SMK Dato Harun, SMK Saujana Utama, SMK Jeram, SMK(A) Kuala Selangor, dan SMK Seri Desa.
Kelab MySTEM Ambassador UPM merupakan salah satu kelab yang terpilih untuk mewakili UPM sekali gus mengangkat peranan mahasiswa UPM sebagai duta kepimpinan yang proaktif, berpengetahuan dan berdaya saing di peringkat global.
Kelab MySTEM Ambassador UPM turut dijemput untuk bersama menjayakan program sebagai rakan kolaborasi dalam memeriahkan aktiviti serta menyokong usaha memperkasakan minat masyarakat terhadap bidang STEM.
Pada tahun 2023, MySTEM Ambassador UPM telah diberi peluang bersama-sama dalam menjayakan program KLESF 2023 (Kuala Lumpur Engineering Science Fair) yang merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelajar, guru, dan komuniti untuk memupuk minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pada 23 Julai 2023 seramai 4 orang ahli kelab MySTEM Ambassador Universiti Putra Malaysia berkongsi keseronokan mempelajari magik yang berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) disertai lebih 100 komuniti Gombak, Selangor.