TAJUK AKTIVITI
MySTEM @KLESF
TARIKH
24-26 Oktober 2023
LOKASI
Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
RINGKASAN AKTIVITI
KLESF 2023 (Kuala Lumpur Engineering Science Fair) merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelajar, guru, dan komuniti untuk memupuk minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pada tahun 2023, MySTEM Ambassador UPM telah diberi peluang bersama-sama dalam menjayakan program ini. Pendekatan magik dalam eksperimen sains menjadi tarikan utama pengunjung terutama pelajar sekolah ke pameran MySTEM Ambassador UPM.