TAJUK AKTIVITI
MySTEM @Xporia Sains
TARIKH
16-18 Disember 2023
LOKASI
Pusat Sains Negara
RINGKASAN AKTIVITI
Xporia Sains PSN 2023 ialah sebuah pameran sains tahunan anjuran Pusat Sains Negara (PSN) yang menjadi platform interaktif untuk memupuk minat masyarakat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti pameran inovasi, bengkel interaktif, pertandingan serta demonstrasi sains yang sesuai untuk semua peringkat umur. Melalui pendekatan hands-on dan kreatif, Xporia Sains PSN 2023 berjaya menarik penyertaan pelajar, guru, penyelidik serta orang awam bagi menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian. Dalam edisi kali ini, Kelab MySTEM Ambassador UPM turut dijemput untuk bersama menjayakan program sebagai rakan kolaborasi dalam memeriahkan aktiviti serta menyokong usaha memperkasakan minat masyarakat terhadap bidang STEM.