TAJUK AKTIVITI
Program Semarak Siswa Madani @Gombak
TARIKH
23 Julai 2023
LOKASI
Gombak, Selangor
RINGKASAN AKTIVITI
Pada 23 Julai 2023 seramai 4 orang ahli kelab MySTEM Ambassador Universiti Putra Malaysia berkongsi keseronokan mempelajari magik yang berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) disertai lebih 100 komuniti Gombak, Selangor. Pameran STEM dan pertunjukan Magik Sains seperti Waste2Wear: DIY Lens dan magik pensel telah menarik minat komuniti Gombak khususnya kanak-kanak untuk mendalami ilmu sains secara interaktif. Program ini mampu memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk sikap sukarelawan supaya dapat berbakti kepada komuniti negara tercinta.