TAJUK AKTIVITI
Global Student Leadership Summit (GSLS'24)
TARIKH
8 - 14 September 2024
LOKASI
Faculty of Political Sciences, Istanbul University, Turkiye
RINGKASAN AKTIVITI
Global Student Leadership Summit 2024 (GSLS’24) ialah platform dinamik antarabangsa yang mempertemukan pelajar dari seluruh dunia untuk memupuk kemahiran kepimpinan yang penting, menyemai kefahaman rentas budaya, dan mencetuskan perubahan transformatif menerusi perbincangan yang mencetuskan pemikiran serta peluang jaringan berimpak. Para peserta akan membuka potensi diri dan tampil sebagai pemangkin kepada impak global yang positif. Dalam penyertaan ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mengambil bahagian, dan Kelab MySTEM Ambassador UPM merupakan salah satu kelab yang terpilih untuk mewakili UPM sekali gus mengangkat peranan mahasiswa UPM sebagai duta kepimpinan yang proaktif, berpengetahuan dan berdaya saing di peringkat global. Kelab ini turut berkongsi pembentangan bertajuk “Impact of MySTEM Ambassador UPM Club on Students’ STEM Engagement” yang menonjolkan modul hands-on, kolaborasi antara sekolah dan universiti, serta bukti impak terhadap peningkatan minat dan penyertaan pelajar dalam matapelajaran STEM di sekolah.