TAJUK AKTIVITI
Global STEM Outreach: Sustainable Futures
TARIKH
18 - 26 Mei 2026
LOKASI
Sekitar Negeri Malang, Indonesia
RINGKASAN AKTIVITI
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kelab MySTEM Ambassador UPM terus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa menerusi pelaksanaan program mobiliti mahasiswa ke Malang, Indonesia dalam usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kerjasama strategik bersama Universitas Negeri Malang (UM) dan Universitas Brawijaya (UB) itu menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan pendidikan serantau serta memperluas perkongsian ilmu, inovasi dan pengalaman antara mahasiswa Malaysia dan Indonesia.
Sepanjang program berlangsung, delegasi UPM terlibat dalam sesi diskusi akademik, perkongsian pendekatan pembelajaran inovatif serta lawatan ke makmal berteknologi tinggi di kedua-dua universiti. Pengalaman rentas sempadan itu bukan sahaja membuka perspektif baharu terhadap pendidikan STEM, malah membentuk mahasiswa yang lebih berdaya saing, kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi serta kepimpinan global dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.