International STEAMunity Exchange 2025
International STEAMunity Exchange 2025
TAJUK AKTIVITI
International STEAMunity Exchange 2025
TARIKH
3 - 9 Ogos 2025
LOKASI
Universiti Putra Malaysia
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program inbound bersama pelajar dari Universitas Negeri Malang, Indonesia yang melibatkan 20 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Universitas Malang serta 11 orang fasilitator dari UPM. Program yang bertemakan Student Service Learning ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama akademik serta pertukaran budaya antara kedua-dua universiti. Antara pengisian utama sepanjang program ini ialah sesi bengkel bersama pelajar UPM, perkongsian projek komuniti, lawatan ke fasiliti penyelidikan UPM serta sesi perbincangan strategik antara pensyarah dari kedua- dua universiti bagi merancang kolaborasi akademi pada masa akan datang.