TAJUK AKTIVITI
Putra Outreach Physics: Physics for Girls 2023
TARIKH
5 - 7 Mei 2023
LOKASI
Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban, Negeri Sembilan
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan program Putra Outreach Physics: Physics for Girls 2023. Seramai 88 orang pelajar tingkatan 4 telah melibatkan diri dan menjayakan program yang bertemakan Physics for Girls. Program ini merupakan program kerjasama bersama kelab Fizik UPM. Antara slot yang dilakukan ialah Pelakuran Nukleus, Aerofizik, Physicstorm, Accelerace and Detective Physics. Melalui program ini, minat pelajar terhadap fizik dan STEM boleh disemai pada masa hadapan.