TAJUK AKTIVITI
Jelajah STEM Zon Selatan
TARIKH
2 April - 4 April 2026
LOKASI
Sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan
RINGKASAN AKTIVITI
Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kelab MySTEM Ambassador UPM telah melaksanakan program Jelajah STEM Zon Selatan di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson. Program ini menggunakan pendekatan “learning by doing” melalui aktiviti STEM secara hands-on bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan kepada murid.
Seramai 30 mahasiswa UPM terlibat sebagai fasilitator yang membimbing kira-kira 180 murid dan guru dalam pelbagai aktiviti STEM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM Dance, STEM Race dan pembinaan STEM Kit yang memberi peluang kepada murid untuk meneroka konsep STEM secara praktikal.
Melalui aktiviti berkumpulan dan berasaskan pengalaman, program ini turut membantu memupuk minat terhadap STEM, kreativiti, pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah serta kerjasama dalam kalangan murid.