TAJUK AKTIVITI
Jelajah STEM Zon Timur
TARIKH
12 - 14 Jun 2026
LOKASI
SMK Kompleks Tembesu, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Sekitar Kuala Terengganu
RINGKASAN AKTIVITI
Program ini menjadi platform pemerkasaan dan pembudayaan STEM di negeri Terengganu melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan, perkongsian ilmu serta penerokaan modul STEM yang berfokus kepada pembelajaran interaktif dan berimpak tinggi.
Selain menyemai minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat, program ini turut memberi pendedahan kepada aplikasi STEM dalam pelbagai bidang. Antaranya termasuk lawatan akademik ke Fakulti Reka Bentuk, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi memperluas pengetahuan peserta mengenai seni bina, reka bentuk dan teknologi serta peranan inovasi dalam pembangunan masa hadapan.
Program ini juga merangkumi lawatan ke Hutan Lipur Sekayu sebagai medium pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Melalui aktiviti eksplorasi dan pemerhatian lapangan, peserta didedahkan kepada kepentingan pemeliharaan alam sekitar, biodiversiti serta amalan kelestarian yang dapat mengukuhkan hubungan manusia dengan alam.
Secara keseluruhannya, program ini berperanan sebagai platform yang memperluas akses dan kesedaran terhadap STEM di Terengganu, di samping melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, berfikiran kritis serta peka terhadap pembangunan teknologi dan kelestarian alam sekitar.