TAJUK AKTIVITI
International STEM Outreach: STEM For All
TARIKH
7 - 15 Disember 2025
LOKASI
Universitas Negeri Malang, Indonesia
RINGKASAN AKTIVITI
Program International STEM Outreach: STEM For All telah dianjurkan oleh Kelab MySTEM Ambassador Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 hingga 15 Disember 2024 bertempat di Universitas Negeri Malang, Indonesia dengan sokongan daripada pelajar Universitas Malang. Kelab MySTEM Ambassador UPM diberi peluang membuka ruang pameran di Festival Inovasi (INOVA) 2024 di Universitas Negeri Malang. Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan hasil inovasi pelajar Malaysia di pentas antarabangsa, malah memberi impak positif dengan membuka ruang perkongsian idea, memperluas jaringan kerjasama akademik serta meningkatkan keyakinan ahli kelab untuk terus menghasilkan projek berteraskan STEM yang berdaya saing global.