TAJUK AKTIVITI
International STEM Exploration @Thailand
TARIKH
20 - 29 Ogos 2023
LOKASI
Faculty of Science, Kasetsart University, Thailand
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program International STEM Exploration Mobility di Faculty of Science, Kasetsart University, Thailand pada 20 sehingga 29 Ogos 2023. Program ini memberi peluang kepada pelajar kedua-dua negara untuk berkongsi idea serta pengalaman, di samping meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreativiti melalui pelbagai aktiviti hands-on. Inisiatif ini bukan sahaja merapatkan jurang pengetahuan antara pelajar rantau ASEAN, malah memperkukuh hubungan akademik serta memupuk generasi muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran global dalam era berasaskan STEM.