TAJUK AKTIVITI
International STEM Exploration @Universitas Indonesia, Jakarta
TARIKH
26 Februari - 10 mac 2024
LOKASI
Universitas Indonesia
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program International STEM Exploration Mobility Semarak Siswa Madani 2.0 di Universitas Indonesia pada 26 Februari sehingga 10 Mac 2024. Kelab MySTEM Ambassador, UPM berpeluang melawat fakulti sains dan juga membuat perbincangan bersama wakil pelajar dari Fakulti Sains Universitas Indonesia untuk menubuhkan satu pertubuhan ASEAN STEM.
Inisiatif ini membuktikan bahawa pendidikan STEM mampu merentas sempadan, dan juga menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pendidikan dan penyelidikan STEM antara Malaysia dan Indonesia.