TAJUK AKTIVITI
Global Stem Outreach: Bridging Border @Prince of Songkhla University
TARIKH
4 - 9 Mei 2025
LOKASI
Prince of Songkhla University, Thailand
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan program Global STEM Outreach: Bridging Borders di Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai, Thailand yang berlangsung selama 6 hari pada 4 Mei sehingga 9 Mei 2025. Kelab MySTEM Ambassador, UPM berpeluang melawat Fakulti Sains, makmal dan ruang penyelidikan di Science Park di Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai, Thailand. Lawatan ini bukan sahaja membuka ruang pertukaran ilmu dan idea bersama ahli akademik, tetapi juga memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan serta pendidikan STEM antara Malaysia dan Thailand.