TAJUK AKTIVITI
Superhero Magic Junior 2.0
TARIKH
21 Mei 2022
LOKASI
Secara dalam talian
RINGKASAN AKTIVITI
Program Superhero Magic Junior ialah bengkel sains interaktif berkonsepkan “magik atau fizik". Program ini dianjuran oleh pasukan Magic Physics UPM bersama MySTEM Ambassador UPM yang menyasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun serta dijalankan secara hibrid melalui aplikasi Zoom. Peserta menjalankan eksperimen mudah menggunakan bahan harian seperti air, kertas, botol plastik dan belon dengan bimbingan fasilitator yang menerangkan prinsip fizik dan kimia langkah demi langkah. Ibu bapa digalakkan membantu menyediakan bahan dan memantau keselamatan di rumah supaya aktiviti boleh diulang selepas program. Sepanjang sesi terdapat kuiz ringkas, soal jawab dan tugasan video pendek untuk mengukuhkan kefahaman. Program ini turut menyokong Minggu Sains Negara 2022 melalui kerjasama rakan seperti MOSTI, KIMIA Malaysia, UPM STEM dan Kelab Mahasiswa Fizik, serta berjaya meningkatkan minat dan keyakinan peserta terhadap sains.