TAJUK AKTIVITI
Jejak STEM D’Bawah Bayu
TARIKH
13 - 22 Februari 2023
LOKASI
Universiti Malaysia Sabah (UMS), pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Sabah, serta komuniti Ranau
RINGKASAN AKTIVITI
Program Jejak STEM D’Bawah Bayu telah berlangsung pada 13 hingga 22 Februari 2023 dengan penglibatan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Sabah, serta komuniti Ranau. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan menarik minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pelbagai aktiviti berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Sepanjang penganjuran, para peserta bukan sahaja berpeluang meneroka ilmu secara interaktif, malah turut mendapat inspirasi baharu untuk terus mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.