TAJUK AKTIVITI
Funtastic STEM 5.0
TARIKH
28 - 31 Julai 2024
LOKASI
Denai Desa, Tanjong Karang
RINGKASAN AKTIVITI
Program Funtastic STEM 5.0 telah berlangsung pada 28 hingga 31 Julai 2024 di Denai Desa, Tanjong Karang dengan matlamat untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM serta meningkatkan rasa ingin tahu mereka terhadap sains dan teknologi. Program ini melibatkan penyertaan daripada SK Sawah Sempadan, SK Sri Tiram, serta komuniti sekitar Tanjong Karang dengan pelbagai aktiviti menarik seperti STEM D.I.Y, Racing STEM, Magic STEM dan Math Dance, serta aktiviti khidmat komuniti seperti mengecat jambatan dan menanam pokok. Penganjuran ini telah memberi pendedahan awal kepada murid sekolah untuk mendalami bidang STEM, sekaligus mencetus semangat ingin tahu dan menginspirasi mereka untuk terus meneroka dunia ilmu secara lebih mendalam.