TAJUK AKTIVITI
Bah Ayuh STEM: Jelajah STEM Semarak Siswa Madani (Zon Utara)
TARIKH
6 - 10 Disember 2023
LOKASI
SK Jalan Raja Syed Alwi, SRI al-Khairie dan SK Pendidikan Khas Perlis.
RINGKASAN AKTIVITI
Program Bah Ayuh STEM: Jelajah STEM Semarak Siswa Madani (Zon Utara) telah berlangsung pada 6 hingga 10 Disember 2023 dengan penyertaan daripada SK Jalan Raja Syed Alwi, SRI al-Khairie, Kelab MySTEM UUM serta SK Pendidikan Khas Perlis. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid untuk meneroka minat mereka dalam bidang STEM, di samping membuka peluang bagi mendalami ilmu pengetahuan melalui pelbagai aktiviti interaktif yang berasaskan STEM. Penganjuran ini telah berjaya mencetus semangat baharu dalam kalangan pelajar untuk lebih berani mencuba, meneroka dan mengembangkan minat mereka terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.