TAJUK AKTIVITI
STEMicizia Day
TARIKH
14 Januari 2023
LOKASI
Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail, UPM
RINGKASAN AKTIVITI
Pada 14 Januari 2023, Kelab MySTEM Ambassador UPM telah menganjurkan program STEMICIZIA Day dengan penglibatan lebih 30 peserta termasuk ahli baharu kelab. Program yang berkonsepkan hari keluarga ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli baharu dan lama, di samping menyemai minat yang lebih mendalam terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.