TAJUK AKTIVITI
STEMazing Day
TARIKH
12 Januari 2025
LOKASI
Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail, UPM
RINGKASAN AKTIVITI
Pada 12 Januari 2025, Kelab MySTEM Ambassador UPM telah menganjurkan program STEMazing Day yang melibatkan ahli-ahli baru kelab. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli sambil memperkenalkan Kelab MySTEM Ambassador UPM kepada mereka. Selain itu, program ini juga menyediakan bengkel pendedahan tentang peranan sebagai fasilitator MySTEM Ambassador UPM. Program ini menjadi platform untuk menyemai semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam kalangan ahli.