TAJUK AKTIVITI
STEM Fiesta
TARIKH
26 November 2023
LOKASI
Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail, UPM
RINGKASAN AKTIVITI
Pada 26 November 2023, Kelab MySTEM Ambassador UPM telah menjalankan program STEM Fiesta untuk meraikan ahli baharu kelab. Melalui program ini, suasana seperti hari keluarga diwujudkan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli, di samping memperkenalkan aktiviti berteraskan STEM secara santai dan menyeronokkan kepada ahli baharu.