TAJUK AKTIVITI
Empower The Next
TARIKH
21 Disember 2025
LOKASI
Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail, UPM
RINGKASAN AKTIVITI
Lebih 80 ahli baru kelab telah menyertai Program Induksi STEM yang dirancang khas untuk membentuk Duta STEM yang aktif di peringkat universiti dan komuniti, yang berperanan mempromosikan pendidikan STEM.
Program Induksi ini bukan sahaja memperkenalkan peranan dan hala tuju kelab, malah menyediakan aktiviti hands-on yang menyeronokkan, serta memberi peluang ahli baru berinteraksi rapat dengan EXCO, sekaligus mengukuhkan hubungan sesama ahli dan mengasah mereka sebagai pemimpin STEM masa depan.